Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca setia blog Kelab Sejarah SMK Tun Abang Haji Openg ini. Apa khabar anda semua? Semoga anda semua sihat-sihat sahaja.
Pada pejumpaan kelab yang pertama pada tahun ini iaitu pada 7 Februari, aktiviti yang telah dijalankan adalah:
- pendaftaran ahli Kelab Sejarah,
- pelantikan jawatan dan
- brainstorming / mencadangkan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun.
Pada hari tersebut, seramai 19 orang pelajar SMK TAHO telah mendaftar diri mereka sebagai ahli Kelab Sejarah SMK TAHO (KeSSO) yang terdiri daripada 7 orang ahli tingkatan 5, 2 0rang ahli tingkatan 4 dan 10 orang ahli tingkatan 3.
Akhir sekali, senarai di bawah merupakan cadangan aktiviti Kelab Sejarah sepanjang sesi perjumpaan 2013:
- Tayangan filem/video berkaitan sejarah tanah air
- Pertandingan bercerita tentang peristiwa/tokoh/tempat sejarah
- Mengemaskini blog KeSSO
- Mencipta Logo baharu bagi KeSSO
- Mereka/Design baju-T KeSSO
- Aktiviti Drama / Lakonan Sejarah
- Mencari maklumat sejarah (tempat/tokoh/peristiwa dsb..)
- Pertandingan melukis potrait (tempat/tokoh/ dsb..)
- Pertandingan mencipta puisi (pantun/sajak/syair)
- Melawat ke tempat bersejarah (Fort Magherita, Muzium Sarawak dsb..)
- Mencipta akaun twitter, dan facebook page KeSSO
- Jamuan akhir tahun
Blog KeSSO ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina , Gong XI Fa Cai kepada seluruh masyarakat Tiong Hwa. Manfaatkanlah masa sepenuhnya kerana masa dalam suatu pepatah Arab adalah ibarat pedang, jika kita tidak bertindak dengan cepat, ia akan membunuh kita. Sekian coretan blog KeSSO pada kali ini. Wassalamualaikum wbt.
No comments:
Post a Comment